Mar 27, 2012

Perang Persepsi & PRU-13

Assalamualaikum,
PRU-13 makin menjelma. Maka lebih byk perang persepsi dr dua-dua pihak. Baik dr PR mahupun BN. Makin teruk makin kotor. Kadang-kadang naik mual bac paper @ online portal. Lebih mual bila tgk kawan-kawan pak turut letak cerita @ share dlm facebook masing-masing.

Rasa mcm nak unfriend je. Tapi itulah tandanya yg PRu-13 makin menjelang. Isu-isu makin canak di canang. PR tak habis-habis isu lembu, lynas & yg terbaru isu felda global. BN pulak
menaikkn isu anwar&yahudi, isu hassan ali dll. Adapun begitu tampak BN @ UMNo lebih menyerlah.

Dgn BR1M. Skim SARA & pelbagai insentif direct kepada golongan sasaran amat memeningkn PR. PM Najib amat memahami rakyat & tahu kekuatan rakyat dlm menilai beliau dlm PRu-13. Jawapannya adalah undi melayu. Pada hemat saya PRU-13 bakal menjadi satu kejutan buat PR.

Undi melayu akan beralih arah ke UMNO. Tapi bukan melayu yg liberal yg berada di bandar. Golongan bawahan yg mendapat impak hasil keberkesanan Kerajaan dibawah Najib. Pada golongan Cina pulak akan memberikn undi kepada DAP walau apa sekalipun peranan MCA utk mengambil hati mereka. Jadi pada hemat saya ada baiknya diambil semula kawasan majoriti melayu kepada UMNo.

Undi kaum india pula akan beralih ke BN tapi tidak begitu significant. Undi di Sabah pula akan menjadi seperti Sarawak yg akan mengekalkn status quo pada tapuk pemerintahan BN cuba bbrp kawasan yg majoriti Cina akan tumbang.

Kesimpulannya, BN perlu buat percaturan yg cukup jelas dlm sebulan yg ada ni utk tumpukan ke kawasan yg boleh menang sahaja.. Jgn buang masa kawasan hitam...

Insyallah mandat akan kekal ttp 2/3.. Masih jauh lagii.. Perlu lebih usaha dlm sebulan dua yg akhir ni.. Wallahwaqlam. comments