Dec 27, 2013

Kuantan, Banjir & Politik

Masyarakat kita. Bila bab banjir pun dipolitikkan. Banjir kena kuantan baru-baru ni punyala Bung Mokhtar kena balun sbb lantang suruh MP balik kawasan. Betuila kena balik kawasan, ini tidak dlm twitter dgn fb masih kat rumah breakfast. Bila org tegur melenting. Itulah bila start nak tuding menuding. MP Kuantan bukan setahun jagung jadi MP. Ni dah penggal ke-2 iaitu bersamaan 5+1 tahun. Sampaikn manifesto pun pasal banjir. Jadi rakyat kuantan jugak tahu apa perkembangan manifesto tersebut. Dah settle ka? Dah berapa kali meeting dgn pihak yg terlibat dgn bantuan banjir? Berapa kali dah sama2 turun cari jalan nk kurangkan 'effect' banjir.

Berapa kali meeting PKR @ Pakatan discuss isu banjir sebelum ini. Cuba cerita sikit pasal isu tu dlm website Yb. Then baru boleh nilai. Ini tidak.. Bila banjir dtg baru bising lepas tu drpd bekerjasama nk settle isu banjir pi gaduh2. Apa penyelesaiannya..  


Anda nilai Website YB sendiri.. 
http://fuziahsalleh.my

Satu lagi JKM pernah ulas punca lewt banjir tahun 2012. Jadi takkan alasan yg sama utk tahun ni... 
comments

Dec 8, 2013

A bold move in Malaysia-Hamas Relationship

One of the top Hamad leader Khaled Meshaal which is labelled by United States & some Europe countries as terrrorist was invited to attend UMNO General Assembly early this month.
It is bold move & firm action by the Prime Minister in the mist of espionage/spy issue by Singapore & United States. The Prime Minister shows to the world that Malaysia is sovereignty country. 

The move was a historical move that shows that we boldly rejected Israel & its Ally on issues concerning Palestien & Gaza. A move that never been done by previous Prime Minister. Tok Jib, dont worry we're with you!! 
comments

Nov 30, 2013

Asyik kritik gaji orang. Tapi sendiri bUat! SELANGOR & Gaji Naik!


Cek ingat depa ni yg paling baguih bila cakap bab rakyat. BN barang Naik la.. Minyak naik bising satu dunia. Alek-alek, pakat nak naik gaji masing-masing. Pastu 
Sampai berkali ganda pulak tu.

Mana suara PR. Mana suara geng-geng penyokong PR? Seperti biasa.. Mesti depa kata takpa punya. Maklumlah geng depa. Awat Selangor dah takdak org miskin ka. Sarawak naik haritu hangpa bising. Di Parlimen bila dicadangkn habis ditentang. Menteri dipertikai. Rosmah naik kapal terbang pun byk punya komen.. 

Cakap tak serupa bikin.. 

P/s:- isunya bukan sbb naik gaji. Tapi sbb hangpa cakap tak serupa bikin!! Macam konsert underground PAS!! 
comments

Nov 27, 2013

Pabila AP Kereta dipertikai ? AP lain macamana.



Semacam pelik bila memikirkan. Industri yg dikuasai oleh kebanyakan bumiputera yg dipertikai. Telah sedia maklum yg kebanyakan AP kenderaan dimiliki oleh usahawan Melayu! Hatta yg itu yg sering dipertikai. Meskipun sebenarnya byk lagi AP yg mengundang barang di Malaysia menjadi Mahal. 

Antara AP yg dikuasai & yg tak diusik adalah AP import keluli. Dikuasai oleh 'tycoon' yg dimana disebabkan monopoli tersebut menyebabkan harga rumah mahal. Harga bangunan mahal. Aktiviti huluran Aktiviti minyak menjadi amat mahal. Menjadikann SME amat susah untuk bersaing di peringkat 'international'. Hanya syarikat besar dibenarkan mempunyai AP utk kegunaan sendiri & yg lain di kuasai oleh syarikat seperti Ann Joo steel & lain-lain.

Ap perlu dirombak tapi bukan 'selective' kepada industri tertentu. Tetapi perlu secara menyeluruh kepada semua industri. AP keluli, AP kereta, AP sayur, AP buah, AP pekerja & lain-lain..

P/s :- Nk jugak ada AP. Untung ataih angin.
comments

Nov 23, 2013

Carnival & Konsert Rock Sempena Muktamar PAS !! Cara Dakwah Baru?

http://youtu.be/VOlljyyZQP4

Sebelum apa-apa. Cuba lihat diatas. Rasa-rasa kalau Ustaz Azhar Idrus tengok mesti kata berat66. Tapi mungkin juga diam seribu bahasa. Apa pula pendapat Dr.Asri@ Maza? Takkan senyap jugak bilamana bab GST & lain-lain bukan main hebat komen. Apa-apa pun muktamar kali ini menunjukkan kelaian yg nyata. Dimana boleh dpt dilihat golongan liberal lebih mendapat tempat sehingga meresap ke ahli jawatankuasa Multamar & Karnival. 

Tahniah buat Mat Sabu sebab berjaya kalahkan Geng @ wakil Ulama. Juga mereka-mereka yg lain. Jadi sudah nyata & jelas halatuju PAS. 

I wish you all good luck especially ahli-ahli PAS tegar.. 
comments

Oct 31, 2013

Budget 2014 : Pembangunan Bandar & Luar Bandar

Budget Rm865 juta bg pembelakan elektrik. Ini ok. Cuma ketirisan elektrik perlu ditangani @ penggunaan barang cekap tenaga perlu diperluaskan.. 

Contoh :
- tenaga solar
comments

Oct 29, 2013

Malaysia Insider asyik mohon maaf jee

Takdak online paper yg teruk kredebiliti dlm sebulan iaitu Malaysia insider. Haritu fitnah Datuk Muhkriz dgn fitnah politik wang. Sekarang depa sekali lagi 'tersilap' artikel dgn menfitnah khazanah nasional.
Dan sekali lagi meminta maaf. 

Dalam islam kita ada term iaitu sumber-sumber yg fasik. Ini antara ciri-ciri tersebut. Maka elakkan ambik berita @cerita dr ini bukan apa sbb kredebiliti sumber yg boleh dipertikai. Silap2 bila share diorg punya berita alih2 tarik balik @ meminta maaf sedangkn kita dah sebarkn berita. 
comments

Oct 20, 2013

Sokong Cadangan SPRM utk penjawat awam Rugikan Kerajaan


Satu cadangan yg cantik dr pihak SPRM. Bila dimana penjawat awam yg membazir dikenakan tindakan dibawah akta baru SPRM. Bukan rasuah tapi kerana membazirkn wang kerajaan. Sebab penjawat awam walau bertukar kerajaan pun akan masih org yg sama. Walau bagaimana berbuih pun ahli politik yg 'sign' & rancang masih pegawai kerajaan. Kita tak mau kalau barang yg harga $1.00 jadi $20. Atau buat benda yg hanya tinggal pintu gerbang @ pembukaan tanah hanya tinggal pembukaan. 

Cek alu-alukan permintaan SPRM & cari penjawat awam yg begini sehingga lubang cacing.. 
comments

Oct 3, 2013

Rasuah sampai ke Laut! Memalukan status penguatkuasa APMM

Bukannya asing pembongkaran ni. Tanyalah nelayan di pantai timur. Mereka tahu yg sebenarnya 'something wrong' dgn agensi penguatkuasa maritim. Cek harap SPRM go to the bottom of this & tangkap semua yg terlibat. Ini melibatkan amanah & khazanah laut negara. 

Perlu heret mereka yg terlibat & syarikat yg terlibat sama. Syabas kepada SPRM kerana bongkar kes yg pada cek di peringkat tertinggi. Jgn hnya berenti disini! Teruskn sehingga ke kawasan pantai barat, sabah & sarawak. Teliti pegawai yg terlibat & aset mereka!! Banteras rasuah hingga ke alar umbi.
comments

Sep 27, 2013

Agenda Pemerkasaan Bumiputera - Cabaran Ketirisan Pelaksana!!

Suka cek baca artikel dr Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris). Mmg kena dgn tempat, keadaan & tempat. Sehebat manapun perancangan tetapi pihak pelaksanaan tidak serius &
Tidak ada aspirasi dlm membantu maka habislah agenda Transformasi Bumiputera. Bukan apa, cuba tanya kenapa DEB tidak mencapai golongan sasaran sehingga sekarang? 

Antara jawapan adalah berlaku ketirisan yg serius, birokrasi tanpa had & tiada budi bicara pada tempatnya. Mahupun ada budi bicara adalah pada mereka yg berkepentingan @ disusuli dgn 'komisen. Contoh yg paling senang adalah bila Ramlee Burger dlm proses awal berniaga. Tiada satu pun yg nk menolong . Dan byk lagi contoh-contoh jelas. Cuba check balik dana-dana yg masih berada dalam Bank SME & lain-lain bank yg bertanggungjawab menguruskan dana..

Apa-apapun tanpa roh DEB @ roh melayu pada para pegawai maka tak keterisan & birokrasi akan berpanjangan.

comments