Dec 29, 2009

Kroni & Blog & Kelantan

Semenjak dua menjak ni kita lihat yg Kelantan antara Negeri yg paling banyak cerita menarik. Entah kenapa.. Kalaulah negeri yg dikuasai BN yg bergolak mungkin 'Tok Guru' cakap bala kepada BN. Tapi bila terkena batang hidung sendiri takdak kecohla pulak. Nampaknya 'Tok Guru' sekarang lebih 'famous' daripada Karpal Singh. Pergolakan negeri 'sendiri' melibatkan org2 sendiri nampaknya makin teruk.

Entah apa sebabnya. Adakah PAS Kelantan telah merasakan Tok Guru semakin menjadi beban kepada PAS @pun mereka baru sedar yg Tok Guru telah melangkau batas Tok Guru. Wallahwaqlam. Satu demi satu pekung di Kelantan terbuka. Bermula dgn halalnya kroni menantunya sendiri, halalnya tajaan utk ke Mekah & juga bermacam2 lagi fatwa halal yg dibolehkan hanya kepada pimpinan PAS & sekutu-sekutu mereka.

Kemudian satu demi satu masalah timbul, bermula dari menantu kepada bukan menantu. Yg terbaru org kuat Pemuda PAS yg beristeri dua telah dikatakan perkahwinan mereka tidak sah. Juga kecoh dalam TV3 yg menunjukkan mereka masih bersekedudukan didalam rumah yg sama. Bab ni Tok Guru tak komen la pulak.

Kenyataan Ketua Dewan PAS Kelantan yg mahukan hanya anak Kelantan bertanding di Kelantan juga tiba-tiba muncul. Tapi pelik bukan. BUkankah kita boleh katakan kenyataan mahukan anak Kelantan menjadi calon pilihanraya sebagai Assobiah? Bukan apa. Ya-lah kalaulah yg menjadi calon di Kelantan selama ini adalah org yg layak. Jadi kepada PAS yg menentang konsep Assobiah (Melayu UMNO) kenapa nak laksanakan pulak di Kelantan. Kita boleh jugak cakap ini assobiah berdasarkan negeri.

Berbagai kenyataan demi kenyataan Tok Guru utk melarikan diri dari masalah yg dihadapi. Awalnya kenyataan kononnya 'Kolonel Mat' yg merancang semua ini. Jenuh juga suratkhabar mencari-cari & meneka siapa dia org yg dimaksudkan. Yg terbaru adalah kenyataan yg diulang bahawa beliau tidak kisah MB bukan Melayu diangkat di Kelantan. Entah kenapa tiba-tiba kenyataan berikut keluar pun tidak diketahui kenapa. Yg nyata ini bukan cerita baru.. Boleh jugak dikatakan cerita basi.

Begitulah politik org politik. Pada mereka semuanya nampak bulan di dada. Halal-lah kepada mereka sahaja. Yg pasti PAS Kelantan & Negeri sendiri tengah bergolak. Kenyataan demi kenyataan menyesakkan baik oleh PAS Kelantan mahupun yg menumpang kasih di Kelantan seperti MP PAS 'import' di Kelantan.

Apa-apapun saya melihat ada usaha pihak-pihak untuk menjatuhkan Nik Aziz sendiri. Tak tahulah kenapa. Tapi pada hemat saya tak lain tak bukan sebab $$$ & power.

Nasihat kepada Nik Aziz. Mungkin dah tiba masanya untuk berundur. Undurlah cara baik sebelum diundurkan. Tapi yg nyata masih byk penyokong tegar Nik Aziz. Tak turun pun takpa. Senang sikit BN lawan nanti.

p/s: Terkezut dgq Nik Aziz cakap Blogger celaka. Tapi waktu PRU-12 menang dulu tak pulak cakap blogger celaka.. Puji tinggi melangit adala.. comments

No comments:

Post a Comment